BAGAIMANA IANYA BERMULA
Hear it from me personally!
Saya memang sudah lama gemarkan tumbuhan, lebih-lebih lagi tumbuhan hiasan dalam rumah. Sudah tentu saya juga banyak belajar melalui buku-buku dan bahan-bahan pembacaan yang lain, tetapi pembelajaran yang paling baik adalah melalui pengalaman. Kekecewaan yang saya sering lalui apabila saya mengunakan Google untuk mencari maklumat tentang penjagaan pokok-pokok tertentu ialah, kebanyakan tip-tip atau panduan adalah dari pengusaha atau peniaga tapak semaian. Mereka semua adalah pakar dalam bidang mereka dan sudah tentu suasana yang mereka sediakan untuk semua tanaman mereka adalah yang terbaik untuk pertumbuhan pokok-pokok. Dari segi kelembapan, suhu, cara siraman dan sebagai nya. Jadi, ia menjadi terlalu mudah untuk mereka menjaga pokok-pokok mereka. Dan panduan-panduan dari mereka selalunya tidak menitikberatkan masalah-masalah lazim yang sering dialamai di rumah atau apartment.
Untuk peminat tunbuhan hiasa di dalam rumah seperti saya, banyak faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi pembesaran pokok-pokok, dan yang peling teruk adalah, kita membunuh pokok-pokok kesayangan kita. Saya sendri telah banyak belajar melalui pengalaman, dan juga telah banyak pokok-pokok yang saya bunuh. Dari situ, saya mempelajari banyak tip-tip untuk menjaga pokok-pokok hiasan di rumah. Dengan itu, tergerak di hati saya untuk berkongsi pengalaman saya sendiri melalui blog saya ini supaya kita semua tidak pengulangi kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan.
Jadi, sila subscribe ke blog saya dan sila hubungi saya untuk memberi cadangan-cadangan tentang pokok-pokok hiasan apa yang anda semua ingin tahu. Sekian, terima kasih dan stay tuned!