top of page
Cari
Writer's pictureZA

Berapa Banyak Cahaya Diperlukan Oleh Monstera Albo?


Hi semua, selamat datang ker Monstera Hut!


Hari ini saya akan ceritakan tentang jumlah cahaya yang diterima oleh semua Monstera saya. Kenapa saya terpanggil untuk bercerita tentang cahaya dalam artikel ini adalah kerana, ramai yang mesej saya secara persendirian melalui Facebook sejak saya naikan gambar Monstera Albo saya untuk di jual dan bertanyakan tentang tahap kecerahan tempat saya letakkan kesemua Monstera Albo & Thai Constellation. Ramai juga yang berkongsi dengan saya gambar-gambar Monstera mereka dan saya tumpang bersedih. Jadi, saya memutuskan untuk mengukur tahap kecerahan yang diterima oleh kesemua Monstera Albo dan Thai Constellation saya untuk dikongsikan di sini.


Secara jujur, saya bukan pakar dan saya tidak tahu pun macam mana nak ukur cahaya sehinggalah saya membuat kaji selidik sendiri untuk memahami serba sedikit mengenai tahap cahaya untuk tumbuhan. Kini, saya tahu yang unit ukuran cahaya ada 4 iaitu Candles, Lumens, Footcandles dan Lux. Saya akan gunakan Lux dalam artikel ini kerana applikasi yang saya gunakan menggunakan unit ini, haha. Sekali lagi, saya bukan pakar, guys. Saya cuma kongsi pengalaman saya sahaja di sini.


Jadi, melalui kajiselidik saya, saya terjumpa applikasi "Photone" untuk membuat ukuran cahaya mengguna telefon bimbit. Applikasi ini dikatakan yang terbaik dan memberikan bacaan yang tepat. Anda boleh juga beli Meter Cahaya, tetapi untuk saya, cukup dengan applikasi ini kerana ini hanyalah untuk hobi saya. Anda boleh baca dengan lebih lanjut berkenaan applikasi ini di artikel ini, "The Best Light Meter App for Plants in 2021", dimana dia akan menceritakan dengan lebih mendalam tentang applikasi ini dan cara penggunaan yang betul menggunakan telefon bimbit anda.


Selepas saya muat turun applikasi ini, saya mula mengukur tahap cahaya di dalam bilik di mana saya letakkan kesemua Monstera Albo & Thai Constellation saya. Saya mula mengambil bacaan pada pukul 8am dan jugak pada pukul 1pm (paling terang). Applikasi ni menggalakkan kita untuk meletakkan telepon bimbit paling dekat atau atas permukaan daun untuk mengetahui tahap cahaya yang diterima oleh daun tersebut. Jadi, bacaan yang saya dapat adalah di antara 6,500 lux hingga 9,000 lux.


Untuk mengetahui cara lebih lanjut macam mana saya ukur cahaya untuk Monstera Albo & Thai Constellation, anda boleh tengok video ini. Di dalam video ini, anda dapat lihat cara saya meletakkan telefon bimbit saya dan juga cara saya buat "alat biasan cahaya" dengan munggunakan kertas A4 80-gram. Saya harap video ini membantu untuk pemahaman yang lebih mudah.

Seperti yang anda lihat dalam lukisan dan video saya di atas, kawasan yang paling cerah adalah di tengah-tengah tingkap. Jadi, selepas mengetahui perkara ini, saya telah susun semula susunan pokok Monstera Albo & Thai Constellation saya dimana saya letak kan Monstera Albo di tengah dan Monstera Thai Constellation di tepi. Bunyi macam saya pilih kasih dengan pokok-pokok saya, haha. Tetapi sebab utama adalah, Monstera Albo perlukan lebih banyak cahaya berbanding Monstera Thai Constellation kerana Monstera Albo mempunyai klorofil yang lebih sedikit berdanding Monstera Thai Constellation.


Jadi, itu sahaja, guys. Sekarang anda semua dah tahu ukuran cahaya yang saya dapat untuk kesemua Monstera saya. Sekali lagi saya ulangi, saya bukan pakar dan hanya kongsikan pengalaman saya dengan harapan dapat membantu orang lain juga.


Tidak lama lagi, saya akan kosingkan jumlah air yang saya gunakan untuk kesemua Monstera saya. Jadi, sila subscribe ke blog saya, dan anda akan mendapat pemberitahuan (notification) apabila saya naikkan artikel baru. Terima kasih kerana membaca, dan jumpa lagi.




280 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page