Hi semua, selamat datang sekali lagi ke Monstera Hut!
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan semua cara saya menukar pasu Monstera Adansonii Veriagated Albo ke dalam pasu Self-watering (penyiraman diri). Saya memang sangat gemar dengan pasu self-waterting sebab ia memudahkan hidup saya supaya saya tidak perlu kerap menyiram pokok-pokok saya yang banyak kerana jadual saya sangat sibuk.
Seperti yang saya ceritakan dalam Chapter 1, saya selalunya akan biarkan pokok baru untuk menyesuaikan diri di rumah saya sebelum saya tukar pasu. Selepas 3 hari saya perhatikan tiada perubahan terhadap pokok, jadi saya putuskan untuk tukar pasu. Sebelum itu, amat penting untuk semua faham dengan lebih lanjut tentang pasu self-watering supaya kita dapat menggunakannya dengan betul. Lihat lukisan saya di bawah, dan anda boleh juga lihat video yang telah saya rakam dan kongsikan di sini.
Jadi, seperti yang ada lihat si sini, pasu self-watering terdiri dari 3 bahagian seperti di bawah.
Pasu Luaran - Kesemua lebihan air siraman akan berkumpul di sini dan menjadi tempat takungan air untuk pokok.
Pasu Dalaman - Ia adalah tempat untuk memegang tanah dan pengelakkan tanah dari tersentuh air di dalam takungan.
Tali Kapas - Tapi ini akan menyerap air secara perlahan-lahan dari takungan air dan melembabkan tanah di atasnya.
Pertama sekali, saya akan lapiskan bahagian bawah pasu dalaman dengan lapisan nipis sphagnum moss. Kemudian, saya akan pastikan tali bersentuhan dengan moss seperti yang anda lihat di dalam lukisan saya. Cara ini saya praktikkan untuk semua pokok Monstera saya juga. Dan kemudian, kesemua lapisan moss tadi akan menyerap air dari tali tersebut dan kemudian, moss ini akan melembabkan tanah di atasnya secara perlahan-lahan dan yang peling penting, dengan sekata.
Kemudian, saya akan lapiskan sedikit tanah di atas moss supaya akar pokok yang muda tidak terkena moss kerana, peda saya, moss menyimpan terlalu banyak air dan ini tidak elok untuk akar pokok yang muda. Seterusnya, boleh masukkan pokok kedalam tanah dan kambuskan perlahan-lahan. Kalau anda lihat video saya, anda akan dapati saya melakukan kesilapan dengan tidak membuang moss pada akar pokok yang mana moss tersebut digunakan untuk process pengeluaran akar. Selepas itu, saya mendapat nasihat dari kawan saya yang menyatakan moss pada akar pokok perlu di buang kerana ia akan menyerap terlalu banyak air dan ini akan meningkatkan risiko akar pokok akan menjadi reput. Jadi, jangan ulang kesilapan saya ini.
Untuk membuang moss pada akar pokok, anda perlu berhati-hati dan perlu dibuat dengan perlahan-lahan untuk memastikan semua moss dikeluarkan tanpa merosakkan akar pokok. Kemudian, boleh masukkan pokok kedalam pasu dan kambus dengan tanah. Jangan tekan tanah terlalu kuat kerana kita perlu kekalkan pengudaraan di dalam tanah. Jadi, tekan tanah perlahan-lahan hanya cukup untuk tanah memegang anak pokok. Kemudian, masukkan ke dalam pasu luaran dan sirap anak pokok perlahan-lahan supaya tidak mengganggu kedudukan tanah di dalam pasu. Ada akan nampak yang air akan terus diserap and menitis di bahagian bawah pasu dalaman. Anda boleh angkat pasu dalaman dan lihat seperti di dalam video yang saya kongsikan di sini.
Sekian, itu sahaja untuk kali ini. Saya telah dengan jayanya pemindahkan pokok Monstera Adansonii Veriagated Albo ke dalam pasu self-watering. Saya harap, anda semua mendapat manfaat dari artikel ini dan juga melalui video yang telah saya kongsikan di atas. Saya akan terus memberikan status terbaru tentang perkembangan pokok ini di Chapter berikutnya.
Seterusnya, saya akan berkongsi dengan semua bagaimana saya tukar pasu untuk Monstera Albo saya ke dalam pasu self-watering yang besar. Jadi, stay tuned, guys!
Sila subscribe untuk dapatkan makluman untuk topik-topik terbaru! Terima kasih.
Comments