Hi guys, selamat datang ke Monstera Hut!
Hari ini, saya akan kongsikan kepada semua cara penjagaan Monstera Adansonii Veriagated Albo. Saya sangat teruja untuk kongsikan kepada semua kerana pertumbuhan Monstera Adansonii Veriagated Albo saya sangat cepat.
Saya mula memiliki Monstera Adansonii VAriegated Albo adalah pada 16hb September 2021 dan ia bermula dengan 3 helai daun sahaja. Hari ini, 20hb October 2021, jumlah daun adalah 5.5 helai! Yang 0.5 itu adalah untuk daiun yang belum buka sepenuhnya. :-)
Jadi, ya! Kadar tumbesaran pokok saya adalah laju kerana mengambil kira 2-3 hari untuk pokok membiasakan diri di tempat baru pada 3 hari pertama saya membawa pulang ke rumah sebelum saya pindahkan ke dalam pasu yang baru. Pada mulanya, saya agak risau kerana ia adalah pokok yang paling mahal yang pernaj saya beli dan saya risau saya akan gagal. Disebaliknya, ia tumbuh dengan kadar yang sangat laju dan saya berasa sangat puas hati.
Persoalan sekarang adalah, apa yang saya buat untuk mendapatkan tumbesaran yang sangat cepat? Pada saya, Monstera Adansonii tergulung dalam keluarga Monstera. Mereka perlukan tanah yang baik, pencahayaan yang baik, baja yang bagus, cukup air, tahap kelembapan yang baik, suhu dan pengudaraan yang baik. Bunyinya macam semua jenis pokok perlukan kesemua yang saya sebutkan. Jadi, biar saya hurai dengan lebih mendalam apa yang saya buat dan apa yang saya guna. Sila lihat dibawah.
Tanah yang baik - Tanah yang mempunyai saliran air yang baik adalah sangat penting untuk mengelakkan tanah menjadi basah. Keadaan tanah yang basah akan menghidupkan fungus di dalam tanah yang mengakibatkan akar reput. Jadi, apa penting untuk membuat memilihan tanah yang betul supaya tanah sentiasa lembab dan tidak basah. Sila lihat video saya dalam artikel yang lepas di mana anda boleh lihat lebihan air mengalir keluar dari bawah pasu dengan penggunaan tanah yang baik. (Monstera Adansonii - Chapter 2, Pindah ke Dalam Pasu "Self-Watering").
Baja yang baik - Baja adalah makanan untuk pokok. Jadi, nutrien yang baik amat penting untuk mengekalkan kesihatan pokok supaya dia boleh membesar dengan cepat.
Cahaya yang terang - Ya! Kita semua sedia maklum yang pokok perlukan cahaya untuk melakukan fotosintesis. Soalannya adalah, berapa terang adalah terang? Jadi, saya letakkan Monstera Adansonii Variegated Albo di tempat yang sama saya letakkan Monstera Albo, Thai Constellation dan juga Monstera Hijau. Dan saya juga telah kongsikan bagaimana saya ukur jumlah cahaya didalam bilik tersebut. Anda boleh rujuk artikel saya yang lepas untuk tahu jumpa cahaya dan cara untuk mengukur cahaya (Berapa Banyak Cahaya Diperlukan Oleh Monstera Albo?)
Tahap kelembapan - Saya rasa tahap kelembapan tidak begitu penting kerana pokok boleh menyesuaikan diri. Semasa saya menetap di Calgary, Canada, tahap kelembapan udara amat rendah. Saya dapati kesemua pokok-pokok saya tetap subur. Cuma kadang-kadang, akan kelihantan hujung daun menjadi kering dan rapuh. Tetapi pokok akan terus tumbuh seperti biasa. Pada ketika itu, saya cuba untuk naikkan tahap kelembapan rumah dengan menggunakan Humidifier yang menggunakan kaedah ruapan (bukan semburan kabus) untuk naikkan kelebapan uadara kepada 40% - 60%. Cara ini amat berkesan untuk selesaikan masalah hujung daun menjadi kering. Sekarang, saya di Malaysia, dengan cuaca tropikal, amat mudah untuk mendapatkan tahap kelembapan lebih dari 50%.
Suhu - Seperti yang saya nyatakan, saya kini menetap di Malaysia dan tidalk menjadi masalah untuk kekalkan suhu bilik diantara 26°C -30°C. Tetapi, untuk yang tinggal di negara sejuk, anda perlu pastikan suhu bilik tidak berada di bawah 22°C. Makin sejuk, makin perlahan tahap tumbesaran pokok.
Air yang mencukupi - Seperti pokok Monstera yang lain (Albo, Thai & Hijau), mereka amat sensitif dengan air yang berlebihan. Jadi, amat penting untuk pastikan tanah lembab, tetapi tidak basah. Dengan tanah yang mempunyai saliran air yang baik, masalah ini boleh dielakkan.
Pengaliran Udara - Saya selalu abaikan perkara ini. Tetapi, masalah yang saya hadapi adalah, amat mudah untuk pertumbuhan kulat putih di permukaan tanah. Berdasarkan pembacaan saya, aliran udara yang baik akan menggalakkan ruapan air, transpirasi, menghalang kondensasi di permukaan daun, kurangkan pertumbuhan fungus dan masalah reput. Selain itu, aliran udara juga akan menjadikan pokok lebih kuat dengan wujudnya rintangan angin, dan aliran udara juga akan membantu mengatasi masalah CO2 terkumpul dan tahap lembapan yang baik. So, ya. sejak saya menggunakan kipas di dalam bilik tersebut, saya perasan yang semua pokok-pokok saya semakin cantik dan sentiasa ada daun baru yang muncul.
Jadi, guys. Sekarang saya dah kongsikan semua yang saya tahu tentang penjagaan Mostera Adansonii Variegated Albo, dan saya harap ianya akan membantu supaya anda semua tidak mengulangi kesilapan yang sama. Saya akan terus kongsikan topik-topik yang lain berkenaan cara saya menjada kesemua pokok Monstera saya dan cara saya pengatasi masalah yang saya hadapi. Stay tuned, guys!
Sila subscribe untuk mendapat makluman berkenaan post yang terbaru. Terima kasih.
Comments