top of page
Cari
Writer's pictureZA

Rumah Hijau Tropikal - Chapter 1


Sudah agak lama saya tidak muat naik topik baru sebab saya sangat sibuk pindah rumah. Saya pasti ramai yang faham akan situasi ini. Lebih-lebih lagi, apabila nak tentukan ke mana perabut-perabut lama harus di letakkan dan apakah perabut-perabut baru yang perlu di beli, kan? Tetapi bagi saya, yang lebih rumit adalah, di mana saya nak letak koleksi Monstera saya. Teruskan membaca untuk ketahui apa yang saya buat untuk memastikan kesemua Monstera saya setiasa sihat di tempat baru.


Apa yang saya paling suka dengan rumah baru saya adalah, tingkap yang besar mengadap timur. Jadi, cahaya penuh matahari pagi akan terus masuk kedalam rumah. Menarikkan? Tetapi, saya tidak sedar yang kesemua tingkap tidak dipasang tinted. Jadi, cahaya yang masuk kedalam rumah tanpa di tapis; Cahaya UV yang merbahaya kepada kulit dan infrared pula membuatkan suasana di dalam rumah menjadi panas. Malangnya, mover letakkan pokok Monstera Gergasi dan Philodendron Congo Rojo di sebelah tingkap dan apa bila saya sedar, sudah terlambat di mana banyak daun-daun yang telah terbakar. Dari situ, saya belajar yang mana cahaya matahari pagi menjadi sangat terik bermula dari jam 10 pagi. Jadi, berhati-hati dan jangan dedahkan pokok hiasan dalam rumah kepada cahaya matahari terus selepas jam 10 pagi, kecuali, tingkap sudah di tinted.


Jadi, untuk membina rumah hijau tropikal, ada beberapa perkara yang perlu di titik beratkan iaitu, suhu, tahap kelembapan dan tahap kecerahan cahaya. Saya perlu memastikan parameter yang disebutkan tercapai di dalam rumahhijau saya sebelum saya boleh pindahkan koleksi monstera saya; Monstera Albo, Monstera Thai Constellations, Monstera Aurea dan Monstera Adansonii Albo. Saya tidak akan ambil risiko yang boleh merosakkan koleksi monstera saya.


Ya, betul apa yang anda baca. Saya nak bina rumah hijau tropikal. Nak tahu kenapa? kerana rakan saya cakap, dia tidak mahu tinggal di dalam "hutan" dan banyak tumbuhan-tunbuhan saya tidak serasi dengan konsep hiasan dalam rumah. Haha. Saya pasti ramai yang boleh kaitkan dengan diri anda sendiri dengan hal ini. Jadi, saya membuat keputusan, saya akan bina rumah hijau tropikal untuk kesemua koleksi tumbuhan saya.


Di sini bermulanya perjalanan saya dengan rumah hijau tropikal. Saya berjaya dapatkan contractor untuk dirikan rumah hijau saya dan saya mahukan kesemuanya putih. Jadi, itu adalah cabaran pertama saya. Bunyi agak kelakar, tetapi benar.


Jadi, seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, itu lah rumah hijau tropikal saya. Saya letakkan alat bacaan suhu dan kelembapan yang mempunyai wifi di dalam rumah hijau untuk memantau tahap suhu dan kelembapan di dalam rumah hijau tropikal saya. Saya juga letakkan beberapa pokok cubaan di dalam rumah hijau untuk ujian. Setelah satu minggu, bacaan suhu akan naik melepasi 35°C selepas jam 10 pagi, dan akan terus naik sehingga 42°C pada jam 11 am hingga 2 pm. Dan suhu akan menurun selepas jam 2 pm. Dan pokok cubaan saya pun menunjukkan tanda yang tidak baik seperti daun kekuningan dan ada yang gugur. Jadi saya pun google lagi untuk bahan bacaaan tentang rumah hijau tropikal. Malangnya, tidak banyak sumber dan maklumat yang diperolehi. Jadi, saya terpaksa belajar sendiri dan saya kongsikan di sini apa yang saya pelajari untuk mafaat kepada anda semua.


TAHAP CAHAYA

Seperti yang anda tahu, rumah hijau saya berwana putih and untuk bumbung, contractor menggunakan plastic lutsinar UV dengan lapisan kedua menggunakan jaring putih (MEIRYO). Lapisan MEIRYO bertindak sebagai pemantul bahaya Infra-Red, yang mana akan membantu menurunkan suhu didalam rumah hijau tropikal saya. Malangnya, ia tidak mencukupi kerana rumah hijau saya tidak tinggi. Jadi, saya terpaksa menambah lagi satu lapisan jaring hitam sebagai teduhan untuk kurangkan suhu di dalam rumah hijau. Soalnya sekarang pula, peratusan keteduhan yang diperlukan? Dalam pasaran, saya dapati ada 3 jenis, 50%, 70% dan 90%. Saya pilih 50% untuk permulaan kerana saya tidak mahu kurangkan terlalu banyak cahaya matahari masuk kedalam rumah hijau saya. Saya sangat minat dengan tumbuhan variegated dan malangnya, kecekapan tumbuhan jenis ini untuk proses photosynthesis amat rendah. Jadi, tahap kecerahan amat penting bagi tumbuhan variegated. Kalau tahap peratusan keteduhan terlalu tinggi, cahay matahari akan berkurang risiko kerosakan daun pada bahagian putih akan menjadi lebih tinggi dan tumbuhan akan mula untuk keluarkan daun baru yang lebih banyak hijau. Ini adalah tindakbalas tumbuhan variegated untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kurang cahaya untuk terus hidup, dan akhirnya, bahagian putih pada tumbuhan tersebut akan hilang secara perlahan-lahan.


SUHU

Memandangkan suhu di dalam rumah hijau tropikal terlalu tinggi, saya terpaksa menambah 3 kipas yang menggunakan tenaga solar. Keistimewaan kipas ini seperti yang sedia maklum, menggunakan tenaga hijau, sangat mudah untuk dipasang dan ianya tidak menggunakan sebarang bateri dimana ia bergantung penuh kepada tenaga matahari. Jadi, lebih terang cahaya matahari, lebih laju kipas akan berpusing. Ini selaras dengan keperluan kipas tersebut yang mana, apa bila cuaca panas, kipas akan berpusing dengan lebih laju untuk mengurangkan suhu di dalam rumah hijau.


KELEMBAPAN

Dengan jaring hitam dan 3 kipas solar, saya berjaya menurunkan suhu kepada maksima 38°C. Tetapi, tidak mencukupi kerana apabila suhu meningkat, secara tidak langsung, ia akan menurunkan tahap kelembapan di dalam rumah hijau tropikal di bawah 40%, dan saya cuba untuk mendapatkan tahap kelembahan melebihi 50%. Sebenarnya, tahap kelembapan 40% memadai, tetapi berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, koleksi monstera saya tumbuh sangat cepat dan cantik pada tahap kelembapan 50%. Di samping itu, jika saya tinggi kan tahap kelembapan di dalam rumah hijau, secara tidak langsung ia akan menurunkan suhu di dalam rumah hijau saya. Jadi, saya membuat keputusan untuk memasang sistem semburan kabus (misting system). Terdapat pelbagai jenis sistem semburan kabus dipasaran. Ada yang mahal dan ada yang murah, menggunakan pump dan ada yang tidak menggunakan pump, ada yang bertekanan rendah dan tekanan tinggi, dan juga size nozel semburan kabus yang mana yang paling sesuai. Seperti yang telah saya maklumkan, tidak banyak sumber yang membantu saya untuk membuat pilihan. Jadi, saya terpaksa menggunakan kaedah cuba-jaya. Jadi, saya akan kongsi dengan lebih mendalam berkenaan sistem semburan kabus yang saya guna dalam topic yang akan datang.


Jadi, selepas saya pasang sistem semburan kabus, saya berjaya turunkan suhu sebanyak 2°C dan ia menjadikan suhu maksima di dalam rumah hijau saya kepada 36°C. Yey! Dan selepas beberapa hari, saya dapati pokok-pokok cubaan saya mulai menunjukkan merubahan yang baik di mana daun semakin sihat dan pucuk baru mulai tumbuh. Saya sangat gembira kerana ia menunjukkan yang rumah hijau saya sudah siap!


Di dalam topik berikutnya, saya akan kongsikan bagaimana kesemua koleksi monstera saya bertindakbalas dengan suasana baru di dalam rumah hijau tropikal saya. Saya juga akan kongsikan di mana saya beli alat bacaan suhu dan kelembapan wifi, kipas solar dan sistem semburan kabus. Stay tuned, guys.


Seperti biasa, jika anda ada sebarang komen atau soalan, sila komen di bawah, dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjawap soalan semua. Terima kasih.

166 lihatan1 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

1件のコメント


rj.ventures
2022年6月04日

boleh kongsikan beli di mana semua alatan yg digunakan utk kelengkapan rumah hijau?

いいね!
bottom of page