top of page

Kenali Pokok Monstera Deliciosa Anda (Swiss Cheese Plant)

  • Writer: ZA
    ZA
  • 5 Sep 2021
  • 2 min membaca

Updated: 9 Sep 2021


Monstera Hut Monstera Deliciosa Matured Leaf

Jom kita kenal pokok Monstera Deliciosa secara menyeluruh. Pokok Monstera sangat senang dikenalpasti dengan hanya melihat daunnya. Tetapi, masih ramai yang keliru. Jadi, untuk pastikan tiada yang keliru, saya akan terangkan ciri-ciri pokok ini.


Pertama sekali, mari kita mulakan dengan anatomi pokok monstera. Lihat lukisan saya di bawah, dan saya harap saya dapat gambarkan setiap bahagian pokok monstera. Saya rasa sangat penting untuk kita tahu secara terperinci sebelum kita melaburkan duit untuk membeli pokok monstera. Lebih-lebih lagi yang mahal seperti Monstera Thai Constellation & Monstera Albo. Kemudian anda akan tahu macam mana untuk mengenali pokok ini dan cara-cara penjagaannya.


Monstera Hut Monstera Deliciosa Anatomy

Daun Monstera Deliciosa yang matang boleh menjadi sangat besar, berkilat, berwarna hijau gelap, daun terbelah-belah dan berlubang-lubang. Semestinya saiz daun bergantung kepada tahap kematangan pokok itu sendiri. Lagi satu ciri yang sangat menonjol adalah batang daun yang panjang, dahan yang tebal dan akar udara yang panjang. Tetapi, macam mana untuk kenal pokok monstera yang mesih muda dan kecil? Daunnya tidak terbelah dan tidak berlubang, sama seperti daun pokok biasa.


Biar saya terangkan. Kebanyakan pokok monstera yang kita jumpa di kedai atau tapak semaian berdekatan adalah dalam saiz sederhana dengan daun yang sudah terbelah, tetapi tidak berlubang-lubang. Mengikut pengalaman saya, sekiranya pokok terlalu kecil dan daun tidak terbelah, saya masih boleh kenal pasti dengan hanya melihat kepada batang pokok dan batang daun yang panjang. Pada peringkat ini, memang kita tidak akan nampak akar udara atau nod pucuk kerana internod yang sangat pendek.


Sekarang, saya harap anda semua sudah boleh kenali pokok monstera. Untuk topik seterusnya, saya akan kongsikan cara-cara untuk kenal pasti perbezaan diantara Monstera Deliciosa Hijau, Monstera Deliciosa Thai Constellation and Monstera Deliciosa Albo. Stay tuned, guys!


Sila subscribe untuk dapatkan makluman untuk topik-topik terbaru! Terima kasih.



 
 
 

댓글


Subscribe Form

Anda telah berjaya subscibe, terima kasih!

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by Monstera Hut

bottom of page